« Berbangga dengan gelaran HAMBA.. | Main | Perginya Ramadhan yang dilupai »

October 12, 2006

Perginya sebuah permata

    Saat saya menaip entry ini, kelas telah pun secara rasminya tamat untuk semester ini...Ini juga bererti saya hanya mempunyai masa berbaki kurang sebulan untuk berada di tahun professional pertama. Alhamdulillah, terlalu banyak kenangan yang sukar dilakarkan oleh kata-kata, mengisi perjalan masa saya selama setahun ini. Belajar di bidang kejuruteraan mekanikal, kami sering 'dihadiahkan' oleh test yang setia mendatangi saban minggu, menjadikan kami berada di dalam keadaan 'constant pressure' dan sehingga kami menjadi 'saturated' lantaran ujian yang berterusan hingga ke minggu terakhir persekolahan sebelum peperiksaan. Feelingless.

    Hari-hari saya kebanyakannya dihabiskan di sebuah makmal 'sihir' yang diberi nama "GLADE". Di situlah segala tugasan assignment disiapkan, latihan dibuat, buku ditelaah, perbincangan rancak berjalan, persahabatan terbina, ketawa dan bergaduh yang telah pun menjadi perkara biasa, dan yang paling penting, saya dapat mengenal watak-watak manusia yang pelbagai ragam dan coraknya. Semuanya saya sematkan dengan kemas dalam catatan hidup sebagai bekal berguna buat panduan saya berhadapan dengan cabaran yang jauh lebih hebat di masa hadapan.

    Terlalu banyak perkara yang ingin saya simpulkan. Namun baru kini saya temui ruang dan peluang untuk menterjemahkannya di ruangan ini. Itu pun, saya tidak punya banyak masa lantaran terpaksa ke tempat kerja sebentar lagi. Sejenak, teringat pertemuan pertama saya dengan Bro Umar El-Haddad di surau ISS selepas solat zuhur. Waktu itu, pengamatan pertama saya terhadapnya  membuahkan konklusi bahawa  beliau  adalah seorang  yang agresif dan responsif, terutama dalam mengutarakan pendapatnya sendiri. Namun, ternyata pengamatan saya itu kurang tepat setelah saya mengenali peribadi beliau yang sebenar. Beliau adalah seorang hafiz dan amat knowledgeable. Tanya sahaja tentang isu baru atau lama, pasti anda akan mendengar jawapan bernas daripadanya.  Beliau  punya  misi dan aim yang jauh. Saya masih teringat ketika pertama kali kami membincangkan tentang aktiviti MUSA (Muslim Student Association), beliau berkata,"We will be noticed, one day". Mungkin agak keterlaluan bagi seorang calon pHD yang baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Christchurch beberapa hari sebelum itu untuk berkata sedemikian,  namun  berkat kesungguhan usaha beliau memartabatkan Islam di bumi Canterbury ini ,  kata-katanya itu kini telah pun menjadi kenyataan. Sehinggakan  detektif polis, Earle Borell datang bertandang beberapaka kali ke rumah saya, hanya untuk bertanyakan tentang MUSA dan aktiviti Palestinian Fund yang kami jalankan!. Yes, now  we are really noticed.
    

                            

Comments

Hanafee, u really hv that talent to be a narrator... :)
mesti waktu sekolah dulu selalu masuk pertandingan mengarang cerpen kan? :P
btw, Palestinian Fund sounds nice! was it like Amal Palestine in msia? seronoknya aktiviti tu.. thumbs up for u as the ex-president of MUSA!

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .